20111223

couple trouble ke bahagia

Assalamualaikum.
couple tidak seindah y dikata~ jgn mara ain ni hanya pendapat ain semata2 khusus tuk adik2 diperingkat school
ain takde pglaman tpi experience from myfriend.





pendapat ain only :
  1. membazir dari pelbagai aspek; masa,duit topup 
  2. korang pernah dengar tak ayat ni : ala aq couple suka2 je tapi kalo nak kawin baru ar aq cari  y terbaik
  3. kene jadi reporter antara satu sama lain : setiap apa yang kita buat kene share gan sang kekasih dah macam suami isteri pulak, baik kawin je
  4. boleh naikkan semangat belajar: tu kalau yang baik sikapnye kalo kekasih korang tu ala kadar je perangainye sembahyang pun lopong2 nak buat cam ne!
  5. couple macam dah kahwin : berpegang tangan,berpeluk ssesuka hati,bertepuk tampar. tu yang salah tu~

 p/s :  biar pic yabg berkata :


 dari couple baik kahwin tapi pelajar sekolah macam mana pulak.
so,tak yah menyusahkan diri adik2 untuk couple di alam persekolahan!

bebas berpendapat~



20111221

tahniah

Assalamualaikum
  memberi salam itu sunat,menjawap salam itu wajib!


tahniah tuk adik2 yang berjaya menghadapi peperiksaan dengan izin allah.ingat!perjalanan korang bukan setakat disini tetapi masih luas lagi perjalanan korang~

p/s : jangan mudah berputus asa
       jangan mengulangi kesilapan untuk ke2 kalinya!
       berusaha dengan lebih gigih!

20111214

iklan kreatif!pernah tgk x?

Assalamualaikum.

Syukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan manusia kekretifan dalam individu itu sendiri.

Manusia yang bijak akan mempergunakan kemanfaatan dari teknologi itu sendiri.bukan untuk kepuasan dunia semata-mata tapi untuk menyampaikan moral atau sesuatu ilmu..tertarik dengan iklan dibawah.
.
.
.

btul tak!

Melalui iklan juga kita boleh menyampaikan dakwah.tul x?penyampaian yang ringkas juga membuatkan hati akan terdetik atau berfikir mengenai motif yang ingin disampaikan.

Solat itu kewajipan seharian kita.5X sehari.tanda ketaatan kita pada sang pencipta!

p/s:solat on time.ketepikan semua urusan untuk solat pada awal waktunye!tuk diri ain juga
    bukan senang tuk jadi senang dan bukan susah tuk jadi susah.semua tu b'gantung kepada diri kita   sendiri~
      taat setia pada Allah!jalan yang terbaik!

20111213

Segmen : Satu Malaysia by Azhafizah.com

Assalamualaikum.



santai je segmen ni

1.Tempat tinggal sekarang:
pasir gudang

2.Makanan famous di tempat tinggal sekarang:
mee rebus

3.Tempat Best untuk di lawati di situ:
part ni paling best,huhu.ain rasa semua dah sedia tahu tempat ni kan.
.
.
.
.
credit by google

Bukit Layang-layang

tahu kan!!..kalo xtahu pun takpe.meh,ain knel kan...kat situ ade gak muzium layang-layang sebagai daya tarikan pelancong

credit by google 

lagi best,korang datang time events.
nak tahu events pa!
.
.
.
Festival Layang-Layang Sedunia

macam2 layang-layang korang leh tengok~

credit by google

k tak pasir gudang !..ni je ain leh cerita.kalo nak tahu lg.datanglah cni!

tempat korang cam ne lak..mesti lagi menarik kan.jomlah share2 tempat korang tu pulak.joinlah SEGMEN NI.share cerita about your place.

20111209

interaksi dengan ALLAH

salam readers and bloggers

kalo rindu calling2 ae~
huhu...rindu sama teman2 bloggers.

interaksi dengan Allah.pernah dengar tak?bendanye simple je.contoh:.
.
.
.
.
setiap pergerakan kita laporkan kepada Allah walaupun kita sudah sedia maklum bahawa ALLAH  MAHA MELIHAT dan MENGETAHUI~

bangun dari tido
   Ya Allah,thankz bangunkan aq dari tido

nak pakai minyak wangi~bgi lelaki
    Ya Allah Aq nak berwangi ni

nak tido
    Ya Allah,aq nak tido.sok tolong bangun aq ye~

p/s:  tulah yang dinamakan interaksi.
        kita akan rasa Allah dekat sngat gan kita.
        kalo nak tahu,kenalah cuba wat.
     
        Jauh dimata,dekat dihati~

20111201

life yang anda pilih

salam hari jumaat
all readers and blogger...
.
.
.
.

tul x?

as muslim hargailah kehidupan yang Allah telah pinjamkan!
hargai yang macam mne?


Ramai dikalangan kita islam hanya atas nama!kenapa macam tu?tepuk dada tanya iman!siapa kita lihatlah ibubapa kita,tetapi jikalau mereka jahil mengapa kita perlu teruskan kejahilan tersebut,kitalah yang perlu  lahirkan nilai keislaman.

Masih belum terlambat kita kembali kejalan Allah kerana ALLAH memiliki sifat MAHA PENGAMPUN.tetapi biarlah kita bersungguh-sungguh tuk bertaubat dan meninggalkan larangannya.


p/s: kepada kaum adam jgn lpe menunaikan tgjwp anda tuk solat jumaat ari ni 
      salam segala penghulu hari~ jumaat


20111129

hero?best ke?

Assalamualaikum.
all readers and blogger.korang pernah tak baca buku  HERO
.
.
.
.



karya 
hilal asyraf



BLOG HILAL ASYRAF



ain tertarik dengan jalan cerita yang disampaikan.

Amir Faheem bin Amir Muiz yang digelar Afam.seorang yang tidak taat pada agama,suka bersosial,pentegar rokok dan tidak mendirikan solat,

pada masa yang sama,dia juga seorang HERO di kota raya angsana. berusaha membasmi syaitan bertopeng yang menguasai negara.tetapi usaha beliau sia-sia dengan peristiwa yang terjadi kepada HERO.

datang Afeefah Husna,yang terpaksa diambilnya sebagai isteri.sikapnya begitu kontra dengan sikap Afam.

berlaku kemalangan yang mengecewakan Afam dan dia mendapat kecederaan yang teruk.luka di jiwanya lebih parah berbanding fizikal.dalam proses pemulihannya,dye melalui proses tarbiah daripada kehidupan sekelilingnya.husna banyak membantu afam dalam tempoh proses tarbiah tanpa jemu.

akhirnya,bangkit lah HERO yang kuat bukan sahaja luaran tetapi jiwanye.



p/s;perubahan hero merupakan 1 penghijrahan yang tidak diduga
      orang sekeliling banyak membantu hero dalam pelbagai faktor
      proses tarbiah itu penting dalam kehidupan seharian
      jangan lupa untuk memilikinya,rugi tau kalau takde!


      hero boleh kenapa kita tidak!
      

20111125

salam maal hijrah

assalamualaikum


 kepada semua readers,

hijrah (zaman nabi muhammad) perpindahan dari kota mekah ke kota madinah untuk menyebarkan agama islam.dalam erti kata lain perpindahan atau perubahan dari nilai negatif  kepada nilai positif atau nilai positif kepada yang lebih baik.biarlah perubahan kita itu istikomah (kekal) dalam kehidupan seharian.

mari beramai-ramai semarakkan lagi sambutan maal hijrah dengan membaca doa akhir dan awal tahun.
kalo melodi says buangkan segala kontrevasi tingkatkan prestasi tapi hijrah says buang nilai negatif ganti dengan positif dan  istikomah dalam amalannya.

jangan lpe utntuk membacanye!
.
.
.



p/s:moga kehidupan kita mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH!
    kalo berita kemenangan  harimau muda hangat diperkatakan maka sambutan maal hijrah bertambah2 lah       perlu dimeriahkan lagi.
     salam maal hijrah dari ain!   

20111122

hot tul pasal bola~

assalamualaikum semua
berita kemenangan harimau malaya hangat diperkatakan dilaman sosial.tahniah kepada barisan pemain y mempertahankan emas tuk malaysia.




ain xyah nak ulas panjang g sebab ain rasa semua rakyat malaysia dah sedia maklum diatas kemenangan tersebut.ye kot semua tahu!

p/s: sok jangan lupa saksikan perlawanan malaysia vs syria 
       
saksikan siaran langsung di tv1 atau LiveStreamingTV1 atau pa2 y sepatutnya~
sokong bola sepak negara!siapa lagi nak sokong kalo bukan KITA~

20111120

isi masa lapang

assalamualaikum..ari ni ain main terjah2 laman google...cm xde kerja lak!actually ain gah cari kursus kemahiran  nak isi masa yang terlalu lapang ni.tggu pggilan ipt bln 9 2012 (lepasan stam)!lme kan?

pencarian ain akhirnya membuahkan hasil
maklumat tentang program;kursus masa pendek
  1.  tidak kira peringkat umur
  2. bayaran murah
  3. diadakn hujung minggu
 kepada sesiapa yang berminat leh lah klik
.
.
.    

                                                          program kursus kemahiran masa pendek

di



dah cam promoter lak,ain sekadar share je.kepada yang berminat watlah urusan sendiri!program tuk tahun ni dh tutup!start bulan januari 2012~

p/s; kne cri kerjalah nmpaknye~kerja pa ye?nanti ain usahakn cari kerja~
      lg 1,jgn lupa sokong harimau malaya beraksi malam ni.pukul 8 malam!


      TEAM MALAYSIA (TM) terbaik~


20111118

upsr!sedih suka~

salam..blogger and readers!


ain harap lum terlambat untuk diucapkan.tahniah kepada adik2 upsr 2011 y telah berjaya!teruskan usaha y gigih diperingkat yang seterusnya.

kepada adik2 y tidak berjaya,jangan terus putus asa kerana perjalanan adik2 masih pnjg.muhasabah diri adik masing dengan keputusan yang adik perolehi~kerana dengan muhasabah dari kesilapanlah, kita dapat membentuk peribadi diri y cemerlang pada masa akan datang dan yang paling penting tidak mengulangi kegagalan tersebut.





p/s; kejayaan bukan milik orang pandai tetapi milik orang rajin.
       kegagalan kita  sekarang bukan bermakna gagal selamanya!tingkatkn usaha
       kejayaan milik setiap insan y berusaha`
       redha dengan ketentuan ALLAH
       jgn sedih  dengan keputusan y mengecewakan tetapi bangkitlah dari kegagalan! (fara)
     


20111117

malaysia terbaik

salam..
blogger and readers
just nk say tahniah kepada pemain negara..




kemenangan kump A berpihak kepada malaysia~
keputusan 1-0!
ske2!mne taknye first time tgok bola sepak...xthu sgt pun pasal bola asalkan menang.huhuhu


p/s;teruskan usaha diperingkat setrusnya
     usaha +doa = kejayaan

20111115

contest blog simple but awesome



salam all blogger and readers 
mood petang~
tak nak pnjg cerita jom join contest ni ramai2
support blogger malaysia


nk tahu lagi lanjut klik BLOG NURUL HANANI


20111110

istikharah cinta!

assalamualaikum
all blogger and readers sekalian..
ari ni share lagu!
best sangat..lirik lagu pun memang terbaik~
nak thu try dengar ye!
.
.
.
.






Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta
Tajuk Nasyid : Istikharah Cinta
Artis : Sigma
Album : Istikharah Cinta
best x?bgi ain terbaik~slmt mendengar~

20111106

cinta

salam aidiladha kepada semua  blogger and readers!

actually ain no idea nk tlis entry pa!tapi atas permintaan [sofi seha] ain try the best..padahal dye nye lg best..tnya lak nk bila nk wat entry~segannya!
.
.
.
.


  Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama

btul x?tapi kalo kte terokai dunia luar betapa ramai remaja zaman skunk yang telah tewas dengan cinta manusia itu sendiri!mereka terlalu mengikut nafsu yang kononya  mengingin berkasih sayang sedangkan bukankah kita masih mempunyai org yang halal untuk kita cinta..mengapa kita memilih yang bukan muhrim?tepuk dada tnya iman anda sendiri!

firman ALLAH:
Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

tetapi ramai yang makin mendekatinya..betul lah orang kata~
dari mata turun kehati,so nak elak dari bertentang mata janganlah bertemu berdua-duaan tanpa muhrim anda sendiri bg org pempuan!senang kata jangan dating!leh ke 'anda mampu mengubahnya'

xsalah pun suka menyukai,cinta menyintai tetapi biarlah berlandaskan kepada syarak islam!~
ingat setiap perlakuan kita yang salah akn tumbuh titik itam didalam hati..sebab tu org kata 'tulah degil sangat hati itam org cakap taknak dengar' ~


p/s: cintakan bunga akan layu
         cintakan manusia akn mati
         cintakan allah kekal abdi
         itulah dye cinta y hakiki
.

20111102

Quran digital pen

salam tuk blogger and readers sekalian!skunk dunia makin maju!umat islam juga makin mudah untuk mempelajari ilmu melalui teknologi moden!tapi awas sebabnya kte yang mengawasi hati kita sendiri, ambillah kebaikan diatas kemajuan dunia!ambil yang keruh buang yang jernih!


arini ain nak perkenalkan produk QURAN DIGITAL PEN. maybe ade readers sekalian yang sedia maklum dengan kewujudan QURAN tersebut!tapi takpe sekadar share!
.
.
.
.
.
.



bagusnya quran digital ni:
  1. banyak yang leh blajo dari muqaddam,azan,quran dengan hanya menyentuh bucu pen pada buku yang telah disediakan
  2. ade mp3 gak
  3. kita leh pilih nk guna pembesar atau earphones
  4. boleh membantu orang yang tidak tahu membaca al-quran 
  5. kalo korang nak tahu dye akan berhenti kalo kite berhenti dan kalo nak ulang pun boleh bergantung kepada pemegang pen (y gne Quran yang disediakan) 
  6. kepada hafiz dan hafizah sesuai juga coz memudahkan untuk mengulang hafalan dimne sahaja!
  7. boleh juga menterjemah bacaan
  8. Qari'a terkenal:Syeikh


  • abdul rahman as sudais
  • saad al ghamidi
  • mishary rahman                                     
p/s;aien harap teknologi moden dapat membantu kita         mempelajari ilmu ALLAH.
      jangan biar diri kita sentiasa dalam kejahilan
      seimbangkan dunia gan akhirat (kne up ckit)

      kepada siapa yang berminat dan igin tahu lebih lanjut leh ar cek kt google!hee~
  

20111027

dunia blogger

salam blogger and readers sekalian!ain rasa bersyukur sangat sebab dapat mengenali dunia blog!


pelbagai sudut ilmu yang ain dapat...selain dapat menambah kenalan...hehe
agama y utama
politik
isu semasa
masalah sosial
luar negara
ragam manusia- y plg banyak

nk tahu tak blog pertama sekali yang ain tengok sofi nordin -sahabat ain
 nak tahu perasaan ain time tu seronok sangat baca entry dye coz menusuk kalbu!

bersyukur kepada ALLAH  sebab memberi peluang mengenali dunia blog!

p/s:ain insan biasa yang serba kekurangan
     semalam ialah sad day for me because ade problem dengan blog!
     Alhamdulillah masih berpeluang terus disini!
     thankz all blogger!




20111024

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

salam blogger sekalian.ain tertarik dengan kempen ini bukan sahaja dapat membantu bagi menambah kenalan dan yang paling penting dapat share ilmu dan dapat ingat-mengingati!sesiapa yang terasa belum join pa lagi.jom ramai-ramai bagi semarakkan lagi kempen ini..nak tahu lagi lanjut tentang kempen ni...jom terjah link kat bawah ni!
.
.
.



20111023

hargai sebelum terlambat

salam wat blogger and readers sekalian...ain tertarik pada ayat  "hargailah sebuah pertemuan sebelum ia hilang dari pandangan"


kekadang kita ni sebagai manusia selalu mensia-siakan sesuatu jika ada dihadapan kita... tapi bila ia pergi meninggalkan kita masa tulah rasa kehilangan...maksud yang lebih tepat ialah tidak menghargainya!betul tak!tepuk dada tanya iman!


Ayat tersebut bukan hanya dikhususkan kepada pertemuan tetapi kalo kita faham betul2 banyak benda yang boleh dikaitkan sekali..contohnya kesihatan,kerjaya.barang dan sebagainya!


p/s: nikmat yang ada pada kita hanya pinjaman daripada ALLAH...ianya hanya satu amanah yang kita perlu jaga dengan sebaik.baik iman!kepada perokok,perempit,penagih dadah khususnya kembalilah pada fitrah (asal)..jagalah kesihatan sebelum menjadi lebih teruk!



20111022

encet pa ae?pening2x!

Salam blogger and readers sekalian..ain rasa pening and penat cari kat google images.mzti semua terfikir-fikir pa yang ain carikan.hehe..actually ain nk beli encet....kalo leh jenama SONY ERISCON only..kalo jenama lain lak memang ain tak berkenan lagsung! .terutama NOKIA al-maklumlah  barangan Israel (senang cite dh boikot awl2 lah)..tapi encet ain skunk nokia tau.mak ain dah taknak so past kat ain pulak pakai!turun temurun..haha...nak tahu encet pa..simple and the price cheap!
.
.
.
.
.

amacam percaya tak ain pakai ni dah 3 tahun tau.

Ain tak kisah sangat sebabnya ain tinggal kat hostel so pegang henset time cuti je tu pun bapa ari je...tapi sekarang dah lain cerita sebab dah tak tinggal kat hostel!huuhuuu

Nk tahu tak ciri henset yang ain idamkan:
  1. bukan slide,lipat mahupun touch (trend skunk)
  2. terbaik adalah nipis
  3. ambik gambor cantik
hasil usaha yang ain cari kat google:
                       .
                       .
                       .
                       .
                       .


ni model SONY ERISCON C510


model C902

model T700

 Yang mana satu ae??pening ar....sapa yan hebat gadget tolong2x ar ain ye!model sony eriscon kalo 
W: WALKMAN.C: CYBERSHOT Kalo T: ??? (pa ye!)...

 *susah+pening=???buntu kot
   wat pengetahuan semua ni encet pertama yang ain nak beli!tu yang sungguh 2x cari tu..

20111021

ending exam

Salam blogger sekalian...ending exam for student STAM 2011. Alhamdulillah berkat doa ibubapa dan para guru,kami pelajar STAM 2011 dapat menamatkan pepriksaan dengan jayanya...

Nasihat kepada rakan-rakan tidak kira peringkat peperiksaan anda,teruskan usaha dengan memperbanyakkan berdoa agar memeperolehi result yang cemerlang dunia mahupun di akhirat...tapi jangan hanya sekadar berdoa sedangkan kita masih melakukan kesilapan (maksiat)...ingatlah bahawa setiap perlakuan kita y melanggar syariat berkemungkinan memberi kesan kepada diri kita sendiri...lambat atau cepat hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI....

p/s;peringatan kepada diri saya sendiri dan nasihat tuk blogger
     salam muhibbah!!

*risau juga nak tunggu keputusan...tapi
                      ........
  usaha dengan doa
  masa yang akan tiba 
  dengan restu ilahi
  kelak pasti akan ditemui!!!
            -lirik lagu hambamu

20110930

al syabab




salam blogger sekalian...mesti all tertnya2 kenapa ain pilih picture ni!! ada ke orang tanya!!!huhu..malu sendiri...
pa2 jelah.actually ain nk share pasal insan bergelar syabab (lelaki/kaum adam)..


wahai syabab
laksanakanlah tanggungjawabmu
terhadap wanita yang patut kamu lindungi
bukan untuk kamu cercai


sedarlah syabab
bahawa wanita itu selembut kapas
biarpun kelihatan seperti buluh
namun engkau tidak tahu hakikatnya

hakikatnya syabab
apabila kau menegur seorang wanita
yang melakukan kesilapan
ia pasti malu dan tidak mengulangi lagi
sekiranya ia melawan katamu
engkau tidak tahu bahawa hatinya terdetik
rasa bersalah dan penyesalan tanpa kau ketahui


namun kini syabab
tidak pernah melaksanakan tanggungjawapnya
apabila wanita membuka auratnya
pandanganmu terus menyapu tubuhnya
apabila wanita itu membuat kesilapan
engkau bukan sahaja tidak menegurnya
malahan engkau ambil kesempatan atas dirinya.


sedarlah wahai syabab
tanggungjawapmu amat besar terhadap wanita
sedarkah engkau
bahawa sekeras mana seorang wanita
mereka akan tunduk dan malu
apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama


mungkin engkau meletakan  kesilapan pada wanita
wahai syabab ayat quran ada mendahulukan
perkataan tundukkan pandanganmu pada wanita
diikuti ayat wahai perempuan tundukkan jua pada lelaki


Jadi kekuatan agama islam 
terletak di tanganmu
pemimpin besar dalam semua sektor
berada ditangan mu sendiri
Jagalah agamamu agar terbentuk
islam sebenar!!


SEDARLAH DAN BANGUNLAH WAHAI SYABAB....


p/s; nasihat tanda sayang!!!wasalam









20110903

tabiat negative!

salam..pa kabo?ari ini nak kupas isu rokok!penah tak kowg terfikir walaupun kat kotak bawah ni ada gambar kesan kepada merokok!~



kecik sangat ae....
picture bawah ni zoom sikit

 
tapi tetap ada yang merokok.betul x.aq pun hairan tengok perokok-perokok ni..
 dan yang lagi aq tmbah hairan ialah ramainye perokok ini dari kalangan kaum melayu sendiri... 
mmm...susah nak cakap!!kerabat aq sendiri pun ada yang menghisap rokok...
kadang-kadang nak menasihati orang susahkan especially ahli keluarga sendiri~

 p/s:sila memberi komen about smoking!plz!!
(orang y mengharap)

20110829

aidilfitri

salam...lme tak wt entry ni!!esok dah raya cam tak percaya je!huhu....

bulan ramadhan telah mendidik kita mengawal hawa nafsu semata-mata mencari keredhaan Allah,tapi jangan lupa pulak terus melakukan ibadat yang kita lakukan sepanjang ramadhan n jauhi dari sebarang perbuatan yang mendatangkan dosa..ingat tau ibadat kita bukan terhenti di bulan ramadhan. malah perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa lagi...perkara ini aku ingin mengingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada semua blogger sekalian...

akhir kalam,sye ingin mengucapkan salam lebaran kepada semua umat islam..mohon ampun dan maaf jika sepanjang entry saya ade y terasa..saya hanya insan biasa y sentiasa melakukan kesilapan...






20110730

Ujian ALLAH silih berganti

salam ramadhan y bakal menjelma...biasa tak kowg dengar khabar owg meninggal sblm smbut ramadhan atau dibulan ramadhan tu sendiri??ramai ke x berbndg bulan2 lain?....masyallah..aq je kelmarin n arini...2 0rang sahabat ku tlh kehilangan owg tercinta (ibu mereka). al-fatihah



sahabat aq tu pasti sedih tapi kite perlu ingat ;

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]


dlm kehidupan, kte perlu muhasabah  setiap perkara y terjadi pada kita,baik mahupun buruk..dapat tak kita hadapinya!dapat..maybe tempohnya  lama tuk kte selesaikan?atau caranya susah?hal tu bergantung pada diri sendiri,tul tak?peganglah ayat quran diatas tu...Allah thu hambanya tu mampu tuk hadapi setiap ujiannya!


hayati tau lagu ni!!




p/s;setiap yang idop di muka bumi Allah pasti akan meninggalknnya

20110724

ramadhan!!

salam...lmenye x wt entry!!al maklum skunk kt hostel!!pa pun kowg persn x ramadhan bakal tiba!!yahooo...seronok nye coz pahala akn b'lipat kali ganda!!hehe...adik2 y msih sek ren tu jgn mengeluh kalo suruh puasa...eleh2 kdg aq tgk skunk ni bkn dak sek ren je owg tua pun mengeluh!!!hehe..tulah reality idop!!semua lbh pentgkn dunia padahal akhirat lg pentg!!itulh dunia akhir zaman!!




20110702

married!

salam...lme x wat entry bru!!
arini nk cite pasal perkahwinan




indah percintaan jika berlandaskan syariat ALLAH
indahnye perkahwinan jika pasangan nye itu ...
         berpegang dgn amar makruf nahi mungkar
lengkapnye rumahtangga jika zuriat y dilahirkan itu
seowg y soleh n solehah...
masyallah...
 itulah y diharapkan setiap insan!!
                 tul x...sapa setuju angkat tangan cm saya!


pengaruh movie tul ar!!huhu


tapi aq nk tnya lu?
pa usaha kowg tuk mendptkn kebahagian tersebut....
bgi aq kalo kte nk pasangan  sebegitu kte  y kne jd cm tu
maksudnye tu


huhu..gurau je..jgn ambk ati!
hal ni dh dijanjikan oleh ALLAH:

 Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." 


maksud aq bkn lah semua owg jahat tkkn dapat y soleh mahupun solehah
tp owg tersebut kne usaha lbh ckit!
tuk mendpatkn keredhaan Allah!



20110611

cerita lawak!

salam..cmne mood arini k x?igt jgn  biarkn diri t'lalu m'gikut mood,ssh nti!
bce yup..story kt bwh ni..lawak tau..tp aq rse cm kowg penh dgr!nk thu bce ar dlu!







Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

p/s:sowi ar aq xthu nk tlis entry pa coz no idea n aq copy je cite tu..
         sje nk share gan kowg..salah ke!
      papun take care!


20110610

tudung dianggap as fashion!

salam..hye all.jmpe g..kali ni aq nk cite psl bonggol unta..kowg phm x pa y dimaksudkn dgn bonggol unta tu!!pic kt bwh ni akn menerangknnye:









buktinye sme x gan pic kt bwh ni: 




apa y aq nk smpikn sebenrnye ialah:
 


p/s;  1.jgn jadikan tudung itu sebagai trend tapi untuk mentaati 
           perntah Allah
        2.nasihat aq tuk kaum adam tegurlh kaum hawa jika mereka 
           seperti gambar diatas kerana kamu (kaum adam) dijdkn dikhalifah ini as ketua.
        3.aq mntk maaf andai ade y terse...tapi tu adalah tegahan dalam islam
        4.igt apa y aq ckp pd entry lps...ingt mengingati tanda cyunk kte!



20110609

berubah mampu ke!



salam...blogger sekalian..kowg phm x maksd sebenar hijrah...
 hijrah tu kalo pd zaman NABI MUHAMMAD:
          b'pindah dri mekah ke madinah tuk sebarkan islam
                                       tp pada masa skunk : 
         b'ubah dari buruk ke baik


aq ade 1 kisah psl mmbr aq...dye dulu cm


dye mmg menutup tapi silapnye tidak m'gikut syariah...dye juga seperti owg lain


bercouple tanpa memikirkan apa yang islam tuntut..iaitu:

Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


tapi pada suatu hari,dgn izin Allah...dye bertekad tuk ubah sikap negatif nye!
dye juga tidak jemu meminta ibunye 



 supaya istikomah tuk terus



dalam kehidupan seharian......
Allahuakhbar....bukan tu sahaja...dye juga b'giat aktif dalam

dan yang paling penting...dye telah menemui jalan yang sebenar sesuai gan lagu ni:


  • ini adalah reality life bkn rekaan semata2..
  • nasihat aq sapa2 y tersasar dari jalan Allah tak kira ar ckit atau bnyak..igt..
Firman Allah:

“Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi dosa orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu.” (Muhammad: 19).
  • apa yang aq entri kn ni juga tuk igtkn diri aq juga dan tuk owg lain..
  • kalo kte cyunk kt owg tu kte kne saling igt mengingati...
  • aq ni seowg  insan biasa...bknlah ustazah y hebat tuk m'beri tazkirah (ayat skemalah plk)..huhu!!
      p/s; nk b'hijrah tu tak yah tunggu awal muharam
            istikomah dalam hijrahmu itu