20110930

al syabab




salam blogger sekalian...mesti all tertnya2 kenapa ain pilih picture ni!! ada ke orang tanya!!!huhu..malu sendiri...
pa2 jelah.actually ain nk share pasal insan bergelar syabab (lelaki/kaum adam)..


wahai syabab
laksanakanlah tanggungjawabmu
terhadap wanita yang patut kamu lindungi
bukan untuk kamu cercai


sedarlah syabab
bahawa wanita itu selembut kapas
biarpun kelihatan seperti buluh
namun engkau tidak tahu hakikatnya

hakikatnya syabab
apabila kau menegur seorang wanita
yang melakukan kesilapan
ia pasti malu dan tidak mengulangi lagi
sekiranya ia melawan katamu
engkau tidak tahu bahawa hatinya terdetik
rasa bersalah dan penyesalan tanpa kau ketahui


namun kini syabab
tidak pernah melaksanakan tanggungjawapnya
apabila wanita membuka auratnya
pandanganmu terus menyapu tubuhnya
apabila wanita itu membuat kesilapan
engkau bukan sahaja tidak menegurnya
malahan engkau ambil kesempatan atas dirinya.


sedarlah wahai syabab
tanggungjawapmu amat besar terhadap wanita
sedarkah engkau
bahawa sekeras mana seorang wanita
mereka akan tunduk dan malu
apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama


mungkin engkau meletakan  kesilapan pada wanita
wahai syabab ayat quran ada mendahulukan
perkataan tundukkan pandanganmu pada wanita
diikuti ayat wahai perempuan tundukkan jua pada lelaki


Jadi kekuatan agama islam 
terletak di tanganmu
pemimpin besar dalam semua sektor
berada ditangan mu sendiri
Jagalah agamamu agar terbentuk
islam sebenar!!


SEDARLAH DAN BANGUNLAH WAHAI SYABAB....


p/s; nasihat tanda sayang!!!wasalam