20120620

senyum bila diakhirnya?

                                                    ..السلام عليكم 


Ibu mengandung berasa letih penat tetapi perasaan itu hilang ketika mana melihat anak yang dilahirkan selamat.begitulah hikmahnya yang sakit terasa manis untuk dilaluinya.anak yang sedang menangis keesakan telah membuatkan ibubapa tersenyum.

Teringat pula zaman kita (kecik-kecik dulu) baik-baik belaka.tak dapat barang menangis,merajuk menangis kena marah pun menangis.kesudahannya asyik menangis jelah (tunjuk perasaan lah konon).subhana-allah.comelnya kita ketika itu.tapi tak semua kot?hahaha,perasaan lah pulak!

Tapi bila besar (dewasa) apa sudah jadi pada kita?adakah perangai kita masih mengukir senyuman pada ibubapa atau telah membuat ibubapa kita menangis kerana perangai kita.kebaikan atau keburukan?

Dalam pengakhiran hidup kita (kematian) biarlah kita gembira ketika meninggalkan dunia dan orang lain sedih dengan peninggalan kita kerana kebaikan yang telah kita lakukan didunia dan amanah yang dipertanggungjawabkan telah digalas dengan baik.*menjadi anak,suami,isteri,pekerja,hamba Allah yang baik,amanah soleh dan solehah.

Nauzubillah jika perkara yang berlaku adalah sebalik-nya.kematian kita membuatkan orang lain berasa lega kerana kejahatan yang telah kita lakukan telah menyusahkan orang disekeliling kita.nauzubillah min zalik.

Hidup ini biarlah dimanfaatkan dengan perkara-perkara kebaikan agar diakhirnya menghasilkan pengakhiran yang lumayan untuk kita.

Jagalah setiap minit kerana jam hari minggu tahun dan kehidupan kita terus akan terjaga!insya-Allah

2 comments:

♥ainie muniera♥ said...

nauzubillah . ish! terasa bersalah pulak dah byk susah kan mak ayh n org sekeliling :')

ctk said...

insyaallah, akan ku balas jasa mereka selagi mereka hidup...semoga ku masih punya kesempatan :')