Assalamualaikum
Akhirnya semalam tepat pulul 9.10 aku selamat sampai di Dpp (hostel di universiti tercinta).
Aku dengan kawan-kawan akhirnya dapat menjejaki di pulau langkawi. orang lain duk sibuk balik kampung pergi mengundi aku pulak sibuk bercuti. ye lar orang bawah umur macam mana nak pergi mengundi.
Hari pertama
Ambik feri dari kuala perlis. dekat dengan universiti lebih kurang 1 jam (dah lama tinggalkan manual so slow sikit bawak) nak sampai sana. Harga tiket RM 18 dewasa. Pejalanan dari jeti kuala perlis ke langkawi dalam 1 jam. cantik sangat pemandangan laut.hijau biru.Ya Allah.
Sampi disana terus menyewa kereta dan mencari homestay yang telah di booking dua minggu lalu (bukan cuti sekolah boleh lah booking last minute).hujan lebat sangat. Sampi di homestay kakak tu beri kami kunci bilik. Memandangkan kami yang pergi tu tak ada GPS, (jangan ikut macam kami) kakak kepada isteri tuan punya homestay bagi kami payung (pinjam je) berserta peta (free of charge dapat). setiap perhentian terpaksa ringan mulut bertanya arah ( nak confirmkan lagi jalan yang kami pilih).
Tempat (1)
Rancangnya terpaksa ditukar Selesai solat zuhur, kami terus pergi underwater world. Tiket dalam RM 28. Banyak sangat kehidupan laut. Kira underwater world adalah dalam list tempat yang wajib kami lawat.

(D'padi homestay + gen2)
Tempat (1)
Rancangnya terpaksa ditukar Selesai solat zuhur, kami terus pergi underwater world. Tiket dalam RM 28. Banyak sangat kehidupan laut. Kira underwater world adalah dalam list tempat yang wajib kami lawat.
sambil cari kedai makan snap kejap
salah satu kehidupan laut... (bukan satu tapi tiga dan ......sterusnya)
Tempat (2)
Pantai cenang. Belakang tempat underwater world je.sebelah bangunan underwater tu ada jalan kecik ke pantai..kene turun tangga jumpa lar pantai yang cantik . Seronok sangat.Pantai cantik dan bersih. mandi-manda pun okay.tapi kami cuma main-main pasir posing sikit (ambik gambar). tu yang sampi tulis "rindu johor kelantan" orang dapat cuti balik kampung tapi pergi bercuti dengan kawan.
Asalnya nak tulis johor untuk aku dengan afwa. Tapi disebabkan ada 3 orang kawan aku (ara,dayah,najdah) asal dari kelantan so tulis lar juga (nak adil).
Tempat 3 & 4 (2 in 1)
Cable car.Awal-awal pagi sabtu kami dah bertolak.sebab takut hujan macam semalam. Sampi sana dalam pukul 9 pagi. Disebabkan tak bukak lagi. kami jalan-jalan sekitar situ. ada oriental village. Unik sangat bangunan kat situ.Macam stail english moden (tapi entah lar aku bukan tahu sangat jenis-jenis design ni )
Tempat (5)
Telaga tujuh. cuma bayar parking je RM 2.Tak jauh pun dari cable car.just straight je.dari cable car pun nampak pemandangan air terjun. penat sikit nak naik tangga (biasalah air terjun kan) nak tengok air terjun kene lah exercise sikit. Aku paling suka tengok air terjun. Kawasan sejuk,nyaman, segar je bila kita kat environment yang macam tu.
cable car + oriental village + telaga tujuh
Tempat (6)
Seterusnya tempat yang wajib orang lawati kat langkawi (makam mahsuri). Tempat bersejarah bagi penduduk pulau langkawi.
Tempat (7)
Dan yang terakhir adalah kompleks haji ismail. Dunia coklat bagi Malaysia.Murah sangat kalau nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain lebih baik pergi hari terakhir sebab kompleks dekat gan jeti. lepas tu nak mengelak dari cair dari dek panas matahari.
Jangan terkejut.dua troli tu bukan untuk aku sorang tapi kami berlima.
Sampi dijeti dalam pukul 5.15 petang. terus pergi beli tiket.dapatlah tiket pukul 6 ptg.
Kami sampai di jeti perlis dalam pukul 7.10 ptg . solat dulu di masjid yang dekat gan jeti. cantik pemandangan dia.
on the way nak balik u teringat pulak assigment yang masih belum diselesaikan. so,kene lah tunaikan tanggungjawab kami.
No comments:
Post a Comment