20140705

masih berpeluang kah kita?



credit: google images

Orang yang tidak merancang ialah orang yang merancang untuk gagal.
Mengapa begitu?
Cuba kita renungkan dan fikirkan.
Seandainya kita ingin membuka satu syarikat atau sebuah perniagaan tanpa merancang apa pun termasuk :

  • lokasi mana yang ingin kita pilih?
  • apa yang perlu ada dalam syarikat?
  • berapa orang pekerja yang diperlukan?
  • skop apa yang kita pilih dalam menyerlahkan perniagaan yang telah kita pilih
  • dan lain-lain lagi
Ye..jika tiada satu rancangan yang kita lakukan. keputusan diakhirnya adalah gagal.

Begitu juga kita ingin berjaya,tetapi tiada usaha yang kita lakukan.tiada fokus didalam kelas.belajar kemana,
so apa keputusan yang layak diperolehi jikalau bukan FAIL.

Rancang lar sebaik-sebaiknya..apa yang kita wajib,perlu,kehendaki untuk kita lakukan di dunia ini agar kita memperolehi kebaikan di akhirat kelak..

Apa yang kita cari bukan sekadar kebahagian di dunia sahaja.tetapi di akhirat yang kekal abadi.

Rancang perjalanan highway dunia kita dengan perkara mahmudah,ibadat agar kita sampi ke destinasi akhirat yang kekal bahagia iaitu syurga.

Sempena Ramadhan ni perkara apa yang kita ingin capai sepanjang kita menyambut ramadhan.
Takkan lar sekadar menahan makan,minum je!!

So apa yang istimewa Ramadhan tahun ni berbanding tahun lepas?
Permulaan awal ialah rancang Ramadhan ini dengan terbaik.

p/s : saya akhiri entry saya dengan pertanyaan dan perlu dijawab oleh reader sekalian.
       Raikan ramadhan kita dengan pesta ibadah bukan pesta makanan. Insya Allah

7 Ramadhan 1435H


20140313

.pray.

Assalamualaikum

credit: google.
tengok gambo je dah sejuk.hehe


Diri ini selalu sahaja mengeluh.

"ngantuk nya lah hari ni,maybe sebab panas sangat"-ketika panas

"Sedapnya tidur waktu macam ni,sejuk..memang lena lar"-ketika hujan

begitular seterusnya. Mengeluh dan rajin sangat memberi alasan. mengapa kita selalu begitu?
apakah mungkin kte tidak bersyukur?

sebab itu orang selalu kata tajdid niat.bukan apa.kte ni dalam hidup selalu lalai,terleka malah besar kemungkinan mungkin kita akan terlajak jauh.

teringat baca sebuah blog ni. ketika mana kte lebihkan tidur dari menunaikan solat. besar kemungkinan kita "besarkan tidur kita" dari kita mengatakan ALLAHU AKHBAR. sentap rasa ayat tu.

kita selalu kata "kenapa ALLAH tak makbulkan doa kita"
tapi pernah  tak kita fikir bagaimana doa kte kepada ALLAH.

adakah cukup sekadar berdoa?tanpa melakukan apa-apa.
Adakah cukup sekadar berdoa?sedangkan perintah yang lain terabai.
Adakah cukup sekadar berdoa yang sekadar dibibir tapi tidak berusaha.
Adakah cukup sekadar berdoa?tetapi tidak mendahulukan apa yang sepatutnya

peringatan untuk diri yang menulis.

p/s : penat dengan assigment.tetapi itu juga tanggungjawab juga. smile always.
  masa jalan dari kuliah.terasa air titik dari atas.ingatkan hujan renyai.dan senyum hingga ke pipi. rupanya sekadar perasaan sahaja (dah  masuk 3 bulan tak hujan)

#prayforMH370#

20140306

.be strong.

Assalamualaikum

" Jangan disimpan terlalu lama nanti meletus"

Kadang-kadang jangan disimpan permasalahan kerana risau merebak keselurahan badan. 

"Takkan ade orang faham masalah aku." 

"Abang aku tak sama macam abang dyeorang.Dalam keluarga aku yang perlu kuat,orang lain semua mengharap kan aku"

"Kadang hadir dalam diri,kalau lar aku yang pergi dulu,keluarga aku boleh tak merubah ke arah kebaikan terutama abang aku"-monolog Aisy

Aisy atau sesiapa pun diluar sana yang mungkin mengalami pemasalahan yang sama. Just remember one thing

"Allah uji seseorang mengikut kemampuan hambanya"

Kita perlu kuat. Usaha kan untuk membantu diri sendiri dan ahli keluarga. Teringat ketika saya berada di form 2.ade senior menulis surat sebelum dye menamatkan  pengajian form6. 

 " Ain kene ingat hikmah kenapa Allah letak kan kita di Maahad. bukan untuk kita dapat ilmu agama semata.tetapi untuk menarik dan menyampaikan perkara-perkara kebaikan kepada ahli keluarga kita dan seterusnya masyarakt kita."-senior

Dengan gaya yang lebih mudah. mengajak orang berbuat baik untuk masuk syurga.

Ingat,usaha itu tiada penghujung. Tunjuk kan akhlak yang baik agar suatu hari nanti orang dikeliling kita mungkin akan keterbukaan hati.

Saya sangat rindu dengan kakak senior.kak miza. Moga dia berada dalam keadaan yang baik.Dah kawin belum dye?

Next entry mungkin  cara meluahkan.
Insya ALLAH

20140222

Bila lagi?



Assalamualaikumsalam

Kebanyakan dari kita bila disuruh berubah pasti ada sahaja alasannya.

"J,bila engkau nak pakai tudung"
"ala...belum tiba lagi aku nak pakai,aku tak nak hipokrit'-kata J

Mengapa alasannya belum tiba masa lagi sedangkan kita perlu berpegang ' kalau bukan sekarang bila lagi'.tomorrow,next week,next year.......

kita perlu ingat kematian itu pasti berlaku.kita tangguh-tangguh ni tahu ke esok kita masih hidup.

The man that decided to change on the 12 th hour dies on the 11th.
[contengan jalanan-hlovate]

Allah sahaja yang tahu bila kita meninggal dunia.agak-agak sempat ke kita berubah untuk esok hari sedangkan kita sendiri tidak tahu "hidupkah kita sampai esok". masih adakah hari esok untuk kita.

hati ini milik Allah. sebab itu jika kita ingin mengajak orang lain ke arah pastikan kita bukan sahaja mengajak mereka melalui lisan tetapi iringkan lah sekali dengan doa.

Don't forget but must always remember bahawa doa itu senjata mukmin.

p/s : Doa saya agar diri saya,ibubapa,abang adik saya,sahabat-sahabat-sahabat,guru-guru,dan semua umat islam agar dimasukkan ke dalam syurga dan dilembutkan hati untuk menerima teguran.Amin ya Rabbal A'lamin.

20140205

The Beginning

Assalamualaikum.



The beginning. permulaan itu bermula dari diri kita.

'Kita yang decide pilihan mana yang kita pilih'  that choice good or bad

Datang lah sejuta orang yang mempengaruhi kita menjadi baik,kalo kita tak 'inginkan lakukannya' tetap tak membuahkan hasil.

Tidak dinafikan orang disekeliling membantu dan menyedarkan diri kita dari terus terlena.tapi kita perlu ingat kesedaran individu juga menjadi tonggak utama akan sesuatu perubahan..

Campaklar individu tu ke lembah mana pun.jika diri ini itu kuat ,cekal,tabah dengan cobaan,ujian yang datang pasti akan mampu hadapi dan terus istiqomah.

Semuanya bergantung pada diri kita dan nawaitu (niat) kita melakukan.


p/s : Dah lama sangat aku tak update. moga aku harap dapat mengagahkan diri menyambung penulisan yang tak seberapa ni.haha.